Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dilarang siar iklan pilihan raya pada Hari Bertenang: IMDA, ELD

Aug 15, 2023 | 06:50 PM



Semua warga Singapura dibenar mengeluarkan iklan pilihan raya yang tidak berbayar dalam talian, namun hanya calon dan ejen mereka boleh menyiarkan iklan berbayar.

Selain calon dan ejen pilihan raya, individu yang ingin menyiarkan iklan berbayar hanya boleh melakukan demikian jika mereka menerima kebenaran bertulis daripada calon atau ejen pilihan raya selepas Hari Pencalonan, menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Jabatan Pilihan Raya (ELD) dalam satu kenyataan pada Selasa.

Semua iklan berbayar perlu diisytiharkan kepada Pegawai Pengurus Undi oleh calon atau ejen pilihan raya dan perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Ini termasuk memaparkan nama penuh pihak yang bertanggungjawab menyiarkan iklan itu, pihak yang meluluskan kandungan itu, pihak yang memberi arahan bagi kandungan itu disiarkan serta pihak yang menaja atau membiayai kos iklan tersebut.

Menurut IMDA dan ELD, warga Singapura yang bukan calon atau ejen pilihan raya tidak perlu mematuhi syarat yang disiarkan itu jika mereka mengeluarkan iklan pilihan raya dalam talian secara peribadi, dan bukan di bawah arahan orang lain.

Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Presiden 2023 dijadual pada 22 Ogos dan rakyat akan keluar mengundi pada 1 September, jika lebih daripada seorang calon layak bertanding.

Butiran ini didedahkan ELD selepas Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong mengeluarkan Writ Pilihan Raya pada 11 Ogos.

Sejauh ini, empat calon telah melahirkan keinginan bertanding: mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun; ahli perniagaan, Encik George Goh, 63 tahun; mantan ketua pegawai pelaburan negara GIC, Encik Ng Kok Song, 75 tahun; dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, 75 tahun.

Kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa turut mengingatkan warga Singapura bahawa mengeluarkan iklan pilihan raya, sama ada berbayar atau tidak, tidak dibenarkan pada Hari Bertenang pada 31 Ogos dan Hari Mengundi.

Iklan dalam talian yang disiarkan dengan sah sebelum Hari Bertenang, dan kekal tidak berubah selepas disiarkan, tidak perlu dibawa turun.

Namun, langkah menerbitkan semula iklan sedia ada dikira sama seperti mengeluarkan iklan baru, dan ini dilarang pada Hari Bertenang dan Hari Mengundi.

Contohnya termasuk mengongsi semula – atau ‘share’– dan mengeluarkan lagi pos yang sama, atau menggunakan fungsi ‘boost’ di media sosial terhadap iklan pilihan raya sedia ada.

IMDA dan ELD menambah keputusan pilihan raya Singapura perlu ditentukan oleh warga Singapura sendiri.

Warga asing tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti pilihan raya dan tidak dibenarkan menyiarkan atau memaparkan sebarang iklan pilihan raya semasa tempoh pilihan raya, yang bermula sejak writ dikeluarkan hingga Hari Mengundi.

Kenyataan itu menambah, menyiarkan hasil tinjauan pilihan raya, atau mana-mana kandungan yang berkaitan dengan hasil tinjauan tidak dibenarkan semasa tempoh tersebut.

Tinjauan pilihan raya adalah tinjauan pendapat pengundi berkaitan undian mereka semasa pilihan raya, pendapat pengundi mengenai calon, atau pendapat mengenai sebarang isu yang melibatkan mana-mana calon, kata IMDA dan ELD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >