Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBINCANGAN ISU WANITA

Dilatih jadi 'mata dan telinga' mangsa keganasan keluarga

Mar 12, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai ahli farmasi dan pembantu jualan di 71 kedai ubat dan farmasi Unity akan dilatih untuk mengenal pasti tanda-tanda keganasan keluarga kerana mereka merupakan "mata dan telinga" yang mudah didekati mangsa keganasan sedemikian.



Sekitar 40 ahli farmasi daripada Farmasi Unity telah selesai mengikuti Latihan Kesedaran Keganasan Keluarga sebagai sebahagian inisiatif di bawah kerjasama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dengan farmasi tersebut.



Mereka diajar mengenalpasti tanda-tanda dan simptom keganasan keluarga di kalangan pelanggan.



MSF berkata ini sebahagian usaha "mempunyai lebih banyak mata dan telinga di tempat awam untuk mengesan keganasan keluarga...agar campur tangan yang tepat pada waktunya dapat diberikan kepada mangsa keganasan".



Ia juga sejajar dengan teras utama Pasukan Kerja Keganasan Keluarga untuk memudahkan mangsa dan masyarakat melaporkan keganasan serta mendapatkan pertolongan segera.



Risalah juga telah diletakkan di kaunter-kaunter farmasi Unity dan para penjual boleh memberikan nasihat mudah seperti talian hotline anti-keganasan yang boleh dihubungi kepada mangsa, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Beliau melawat farmasi Unity di VivoCity semalam dan berinteraksi dengan ahli farmasi yang telah menjalani latihan pengesanan tanda awal keganasan keluarga.



Cik Sun menyentuh tentang usaha kementeriannya memperkukuh pemulihan pelaku.



"Kami telah mengadakan perbincangan kumpulan fokus di mana kami melihat dengan lebih teliti sebab-sebab mengapa pelaku itu melakukan keganasan keluarga, sama ada ia disebabkan penyalahgunaan dadah, isu mental atau tekanan kewangan yang mereka ada di rumah.



"Namun, apa pun (sebabnya), mereka mungkin tidak mempunyai kemahiran pengurusan konflik yang baik dan memilih menggunakan keganasan keluarga," ujar Cik Sun.



Beliau menjelaskan bahawa pendekatan berbeza mungkin perlu diambil terhadap pelaku berbeza kerana perkara yang menyebabkan mereka melakukan keganasan tersebut tidak sama.



"Jika mereka melakukannya (keganasan) disebabkan isu mental, mereka mungkin perlu mendapatkan kaunseling...jika ada keperluan mewajibkan hal tersebut, kita mesti melihat bagaimana kita boleh menjadikannya wajib bagi mereka.



"Jika mereka merupakan individu yang memang menunjukkan kecenderungan kuat terhadap keganasan dan sangat berbahaya terhadap mangsa, kita mesti lihat pilihan lain yang kita ada dan memikirkan bagaimana mengasingkan pelaku itu sebelum keganasan sebenar berlaku," ulasnya.



Antara cadangan memperkukuh pemulihan pelaku keganasan yang telah diberikan peserta semasa perbincangan kumpulan fokus itu termasuk memperkenal campur tangan yang disasarkan untuk mengatasi cabaran dan keperluan dengan lebih baik menerusi perkongsian data dan maklumat antara agensi yang mempunyai hubungan dengan pelaku, terutama agensi pemerintah dengan agensi perkhidmatan sosial.



Selain itu, adalah penting untuk membantu pelaku memahami bahawa apa yang telah mereka lakukan ialah salah dan tidak dapat diterima, dan ini boleh dilakukan dengan mewujudkan pemahaman yang sama berkaitan keganasan keluarga di kalangan anggota masyarakat termasuk apa yang dianggap kelakuan ganas dan yang tidak boleh diterima.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >