Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dipenjara 20 bulan kerana cabul anak saudara perempuan

Jun 22, 2016 | 03:03 PM



SEORANG lelaki berusia 22 tahun yang mencabul anak perempuan kakaknya dipenjara 20 bulan pada Rabu (22 Jun).

Dia mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan: satu tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas budak bawah umur dan dua tuduhan penetrasi seksual ke atas seseorang budak bawa umur.

Namanya tidak boleh disiar bagi melindungi identiti mangsa.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 2011, semasa lelaki itu berusia 17 tahun dan anak saudaranya 10 tahun, dia pergi tinggal dengan keluarga kakaknya.

Ibu bapa budak itu tidur dalam satu bilik, manakala mangsa dan adik serta pak ciknya itu berkongsi satu bilik.

Pada satu malam, pak ciknya merangkak di bawah selimut budak itu dan melakukan satu perbuatan lucah ke atasnya beberapa minit, sebelum pergi tidur semula.

Budak itu tidak menentang atau memberitahu sesiapa tentang perkara tersebut.

Pada masa lain, pak cik mangsa tinggal bersama keluarganya lagi di flat HDB mereka, di utara Singapura.

Kali ini, dia berkongsi bilik dengan mangsa serta ibu dan adiknya.

Pada satu malam pada Januari 2015, semasa lelaki itu berusia 20 dan mangsa 14 tahun, dia menyentuh anak saudaranya secara tidak wajar dan melakukan penetrasi seksual ke atasnya beberapa minit di dalam bilik.

Ketika itu, ibu dan adik mangsa sedang tidur di bilik yang sama.

Beberapa hari kemudian, semasa mangsa sedang hendak tidur di dalam bilik, pak ciknya melakukan perkara yang sama.

Perbuatannya terbongkar apabila mangsa bercakap kepada kaunselor sekolah mengenai isu hubungan beliau.

Mahkamah juga mendengar bahawa mangsa memberitahu seorang pakar psikiatri dia berasa bersalah dan marah pada dirinya bagi apa yang berlaku, dan bersalah kerana melaporkan pak ciknya.

Peguam bela Favian Kang dalam mitigasinya berkata mangsa dan keluarganya telah memaafkan pak ciknya. Beliau membacakan surat yang ditulis oleh mangsa kepada mahkamah untuk merayu hukuman ringan bagi pak ciknya.

Hakim Daerah Kessler Soh menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan keseluruhannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >