Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dipenjara 33 bulan kerana pengubahan wang haram lebih setengah juta dolar

Oct 18, 2016 | 09:16 AM



SEORANG duda yang "jatuh cinta" dengan seorang wanita yang dikenalinya dalam talian akhirnya menjadi wadah bagi pemindahan lebih setengah juta dolar kepada pihak ketiga di sini.



Mohammad Haikal Abdullah, 56 tahun, didapati bersalah bagi pengubahan wang curian dan dipenjara 33 bulan minggu lalu.



Syarikat pembangunan projek Haikal, Nory International, menerima dua deposit berjumlah AS$455,000 pada November 2012 yang dipindahkan daripada MAI Wealth Advisors, kononnya atas arahan e-mel pelanggannya, Cik Lisa Kerkorian.



Bagaimanapun, MAI kemudian mendapat tahu pelanggannya itu tidak mengeluarkan arahan tersebut dan e-mel beliau digodam oleh penipu tidak dikenali.



Haikal, pengarah tunggal dan penandatangan akaun bank Nory, mengeluarkan wang itu dalam lima bahagian, daripada $180,000 hingga $31,000, sepanjang dua minggu pada bulan sama dan menyerahkan wang tersebut kepada empat orang, sebagaimana diarah oleh seorang bernama Lillian Alves.



Isteri Haikal meninggal dunia akibat radang paru-paru pada Februari 2012 dan beliau kemudian berkawan dengan Alves dalam talian untuk mencari pasangan baru.



Peguamnya, Encik Chandra Mohan K. Nair, berhujah semasa mitigasi bahawa Haikal mangsa penipuan dalam talian yang percaya Alves mengambil berat tentangnya dan berminat untuk melabur dalam projek perniagaan bersama Nory.



Dia sebaliknya ditipu oleh Alves, yang cuba menggunakan akaunnya bagi memindahkan wang untuk membeli permata bagi pelanggannya.



Encik Chandra Mohan merujuk kepada laporan media British pada 2014 mengenai seorang bernama Lillian Alves memperdaya seorang lelaki kesepian berusia 61 tahun yang mencari "cinta abadi" untuk menggunakan beliau sebagai "keldai wang" dan meminta butiran akaun bank beliau.



Pendakwa British kemudian menggugurkan tuduhan terhadap lelaki tersebut dan memutuskan beliau ditipu.



Encik Chandra Mohan menggesa mahkamah supaya mengambil kira keadaan emosi dan mental Haikal, memandangkan beliau kehilangan isterinya dengan tiba-tiba.



Menekankan bahawa Haikal tidak mendapat manfaat daripada perbuatan itu dan sedang menyara dua anak lelaki, beliau mencadangkan bekas anggota pasukan bot naga negara itu dikenakan probesen atau denda sahaja.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nicholas Khoo dan Tow Chew Chi meminta hukuman berat dan berkata demi kepentingan awam, pengubahan wang haram dan kesalahan berkaitan harus ditangani dengan tegas dan "dengan kutukan besar".



Mereka berkata, antara lain, bahawa dakwaan Haikal yang dia "jatuh cinta" pada Alves dan itu menjejas pertimbangannya "sama sekali tidak berasas" berdasarkan bukti.



"Dia seorang ahli perniagaan berpengalaman yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat binaan ketiga terbesar di Arab Saudi. Dia jauh dari simplistik dan naif,' kata pihak pendakwaan.



Hakim Daerah Imran Hamid mengarahkan hukuman penjara bagi dua daripada tujuh tuduhan - 30 bulan kerana menerima hasil curian dan tiga bulan kerana memindahkan hasil itu - berjalan berasingan.



Haikal sedang merayu terhadap sabitan tersebut dan kini bebas dengan ikat jamin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >