Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dipenjara 9 tahun kerana bunuh isteri yang disyaki ada hubungan sulit

Apr 11, 2016 | 02:13 PM



SEORANG pemandu lori berusia 38 tahun, yang berulang kali menikam isterinya kerana disyakinya ada hubungan sulit dengan penyelianya, dipenjara sembilan tahun pada Isnin (11 Apr) selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.



Selepas membunuh Cik Wang Xueyan, 37 tahun, di bilik sewanya di Tampines pada Disember 2014, Zheng Xianghua pergi ke sebuah blok berdekatan dan menikam serta mengelar dirinya dan duduk di atas tembok antara tingkat lapan dan sembilan sebelum dapat dipujuk supaya turun oleh pegawai polis.



Pasangan warga China itu berkahwin di China pada 2012 selepas bertemu melalui aplikasi pesanan popular QQ. Mereka datang ke Singapura secara berasingan untuk bekerja.



Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Zheng mengesyaki isterinya ada hubungan sulit selepas beliau mula memakai mekap dan menerima pujian di tempat kerja.



Pasangan itu kemudian mula tinggal berasingan, yang pihak pembelaan kaitkan dengan jadual sesuai disebabkan pekerjaan mereka. Cik Wang berpindah ke Marsiling manakala Zheng menyewa bilik story di sebuah flat Tampines.



Kira-kira 10 hari sebelum kejadian, Zheng mendapatkan rakan sebilik isterinya untuk mengintip ke atas beliau. Rakan sebilik itu melaporkan Cik Wang membeli sebuah telefon bimbit dan menghubungi penyelianya secara senyap-senyap.



Pada 16 Dis 2014, Cik Wang melawat Zheng di bilik yang baru disewanya dan pasangan itu mengadakan hubungan seks.



Bagaimanapun, pergaduhan meletus dan Zheng menikam isterinya berkali-kali dengan pisau yang dibelinya dua hari sebelum itu dengan rancangan bersemuka penyelia isterinya.



Seorang pakar psikiatri pemerintah mendapati dia mengalami cemburu tidak terkawal dan kemurungan teruk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >