Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dipenjara kerana ugut akan jual video seks bekas temanita

Feb 03, 2017 | 07:44 AM



APABILA menghadapi masalah kewangan, Benjamin Yeo Bing Yuan bertanya bekas temanitanya apakah dia boleh menjual video seks beliau untuk mendapatkan wang.



Wanita berusia 23 tahun itu merayu kepada Yeo, 25 tahun, supaya jangan berbuat demikian dan memadam video tersebut.



Yeo kemudian memberitahu beliau tentang masalah kewangannya dan meminta $4,000 sebagai ganti untuk memadamkan video tersebut. Wanita itu bersetuju tetapi meminta masa untuk mendapatkan wang.



Dari 4 Mei hingga 14 Jun tahun lepas, Yeo menghantar mesej kepada wanita itu beberapa kali pada hari yang berlainan berhubung wang tersebut, misalnya meminta beliau menetapkan tarikh akhir untuk memindahkan wang itu kepadanya, dan memberitahu beliau supaya jangan "mengujinya".



Pada Khamis (2 Feb), pentadbir IT itu dijatuhi hukuman penjara empat bulan selepas mengaku mengugut bekas temanitanya dengan mencederakan reputasinya.



Mahkamah diberitahu bahawa pasangan itu menjalin hubungan dari 2014 hingga 2015, dan mangsa menghantar Yeo beberapa video beliau melakukan hubungan seks.



Yeo juga merakam video dia dan mangsa melakukan hubungan seks. Mereka berpisah pada pertengahan 2015 dan terputus hubungan.



Awal tahun lalu, Yeo rugi beberapa ribu dolar kerana judi bola sepak. Dia meminjam wang daripada bank untuk menebus kerugian itu tetapi akhirnya rugi lebih banyak.



Yeo kemudian memutuskan menggunakan video seks itu untuk menakut-nakutkan mangsa supaya memberinya wang.



Mangsa memohon kepadanya supaya jangan menjual video tersebut.



Beliau juga meminta bertemu Yeo bagi menyerahkan wang tersebut supaya beliau dapat lihat dia memadam video itu.



Yeo tidak menghiraukan rayuan beliau, dan mendesak supaya wang itu dipindahkan ke akaun banknya, dan terus mengancam mangsa, dengan berkata beliau "harus tahu betapa video itu boleh menjadi viral. Berjuta-juta orang akan dapat melihatnya".



Mangsa membuat laporan polis pada 14 Jun dan polis menangkap Yeo di rumahnya kerana cubaan peras ugut.



Dia dibenarkan menangguhkan hukuman hingga 15 Feb.



Di bawah undang-undang, Yeo boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan/atau denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >