Dipenjara seminggu kerana berkelakukan tidak senonoh di luar stadium

EMPAT warga Malaysia dikenakan hukuman penjara seminggu setiap seorang hari ini, kerana berkelakuan tidak senonoh di luar stadium Jalan Besar pada 20 Mei lalu.

Keempat mereka adalah Roslina Mohd Bakri dan Raja Abdul Hadi Raja Rozhan, kededuanya 25 tahun; Norkhaizan Jelani, 28 tahun dan Haridass Manorahan, 27 tahun.

Kes seorang lagi akan dibawa ke persidangan sebelum perbicaraan pada 9 Jun ini.

Mereka merupakan sebagaian daripada sekumpulan 30 penyokong kelab bola sepak, Johor Darul Takzim, yang dilarang memasuki stadium dalam perlawanan menentang LionsXII, kerana memegang tiket khusus bagi penyokong Singapura.

Perkara ini dijelaskan kepada mereka semasa separuh masa berehat di pintu luar stadium di Horne Road, di mana mereka berkumpul dan kelakuan buruk serta berkeras supaya dibenarkan memasuki stadium.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 71
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.