Ditahan lepas langgar wanita hingga mati semasa letak kereta

SEORANG pemandu wanita berusia 69 tahun ditahan selepas dia melanggar dan membunuh seorang pejalan kaki ketika meletak keretanya semalam.

Mangsa, seorang wanita berusia 65 tahun, baru sahaja selesai berbelanja barang runcit di sebuah pasar di Bukit Panjang, menurut satu laporan akhbar Cina Lianhe Wanbao.

Beliau sedang berjalan pulang melalui tempat letak kereta terbuka di depan Blok 203 Petir Road apabila kemalangan itu berlaku.

Pemandu tersebut dipercayai sedang meletak keretanya pada masa itu, dan tersilap memijak pemecut dan bukannya brek.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.

Polis berkata pemandu itu ditahan kerana menyebabkan kematian akibat perbuatan cuai. Siasatan sedang dijalankan.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.