Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ditangkap berenang dekat Koswe untuk curi keluar Singapura

Oct 28, 2016 | 07:34 AM



SEORANG lelaki warga Bangladesh yang cuba meninggalkan Singapura secara haram ditangkap berhampiran Tambak Johor pada Selasa (25 Okt) malam.



Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Woodlands diberitahu bahawa seorang lelaki dilihat berenang ke arah paip air di Tambak Johor pada kira-kira 11.20 malam.



Mereka dan Polis Pengawal Pantai (PCG) menjejak lelaki berusia 30 tahun itu di bawah paip air dan menangkapnya.



Dia tinggal di Singapura melebihi tempoh, kata ICA dan polis dalam satu kenyataan pada Khamis (27 Okt).



Dua lelaki warga Bangladesh yang membantunya dengan berjaga-jaga untuknya juga ditangkap. Mereka berumur 34 dan 37 tahun.



Pegawai PCG juga menemui sepasang jeans biru tergantung di pagar di Woodlands Waterfront.



"ICA dan PCG memandang serius percubaan tinggal melebihi tempoh, memasuki atau keluar Singapura secara haram," kata kenyataan itu.



Hukuman bagi kesalahan tinggal melebihi tempoh atau masuk secara haram ialah penjara hingga enam bulan dan rotan sekurang-kurangnya tiga kali.



Bersubahat dengan seseorang untuk meninggalkan Singapura membawa hukuman penjara enam bulan hingga dua tahun dan denda hingga $6,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >