Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ditangkap kerana disyaki serang pembantu rumah

Aug 26, 2015 | 11:06 AM



SEORANG lelaki berusia 41 tahun ditangkap kerana disyaki mengelar tekak, pergelangan dan tapak tangan bekas temanitanya.


Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata lelaki itu akan didakwa di mahkamah atas tuduhan mencederakan Cik Allen Remedios, seorang pembantu rumah, kira-kira 6.30 petang Ahad lalu di Blok 311, Tampines Street 33.


Cik Remedios, 38 tahun, mengalami luka dalam pada tangan kiri dan tekaknya.


Beliau masih sedar apabila dibawa ke Hospital Besar Changi, dan telah dipindahkan ke Hospital Besar Singapura (SGH).


Cik Remedios diserang dalam perjalanan pulang ke flat majikannya di tingkat dua di blok itu.


Penyerangnya, dipercayai bekas teman lelakinya, menahan beliau di tingkat pertama dan melarikan diri selepas mengelar beliau.


Menurut seorang lagi pembantu rumah yang bekerja bersama majikan Cik Remedios, yang mahu dikenali hanya sebagai Cik Rose, 25 tahun, pasangan itu berpisah tiga bulan lalu.


Bagaimanapun, beliau menambah bahawa sejak mereka berpisah bekas teman lelaki Cik Remedios, seorang pekerja binaan, sering dilihat di blok itu kira-kira satu jam pada Ahad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >