Ditangkap kerana disyaki terlibat dalam gaduh guna pisau di Boon Lay Drive

EMPAT lelaki yang dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan di Boon Lay Drive telah ditangkap, kata polis pada Jumaat (18 Mac).

Lelaki berusia 17 hingga 21 tahun itu dipercayai menggunakan senjata untuk mencederakan dua lelaki lain.

Polis menerima laporan mengenai satu pergaduhan di Blok 191 Boon Lay Drive pada 12.24 tengah malam Rabu (16 Mac).

Pegawai polis mendapati dua lelaki berusia 23 dan 34 tahun cedera di tempat kejadian. Mereka terlibat dalam pergaduhan dengan empat lelaki yang tidak dikenali mereka, kata polis.

Menyusuli siasatan, empat suspek ditahan pada hari sama di Boon Lay Drive.

Dua pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu dirampas polis.

Jika didapati bersalah atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya, suspek boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun.

Mereka juga boleh dikenakan hukuman denda dan/atau rotan.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.