SEORANG Penduduk Tetap (PR) Singapura asal Pakistan memberitahu tiga pegawai polis secara berasingan bahawa wang $250,000 hilang dari keretanya di tempat letak kereta di Blok 227 Tampines Street 23 pada 21 Julai lalu.
Bagaimanapun, Muhammad Aslam, 40 tahun, diheret ke mahkamah hari ini (25 Ogos) atas tuduhan memberi maklumat palsu kepada pegawai polis.