Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor barah terkenal didenda $25,000 oleh Majlis Perubatan Singapura

Jul 19, 2016 | 02:39 PM



SEORANG doktor barah terkenal di klinik swasta, Dr Ang Peng Tiam, didenda $25,000 oleh Majlis Perubatan Singapura (SMC) berikutan aduan oleh seorang pesakit pada 2010.



Syarikat Dr Ang, TalkMed Group, mengeluarkan kenyataan pada Ahad (17 Jul) untuk mengatakan Dr Ang "sangat-sangat dinasihatkan supaya merayu terhadap keputusan itu" dan beliau telah memutuskan akan berbuat demikian.



TalkMed sebuah syarikat tersenarai dan kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua pegawai kewangannya, Encik Lee Boon Yong, itu mematuhi peraturan Bursa Singapura.



Jurucakap TalkMed memberitahu akhbar The Straits Times: "Kami belum berhubungan dengan SMC memandangkan alasan formal dan penuh bagi rayuan masih disiapkan."



Pada 2010, ahli keluarga seorang pesakit yang dirawat Dr Ang memfailkan empat aduan terhadap ahli onkologi itu dengan SMC.



Tiada maklumat lanjut mengenai aduan tersebut dalam kenyataan TalkMed itu.



Ia antara 152 aduan terhadap doktor yang diterima SMC tahun itu. Semua aduan kemudiannya dilihat oleh Jawatankuasa Aduan yang memutuskan apakah sesuatu aduan itu ada merit untuk didengar oleh tribunal disiplin.



Aduan terhadap Dr Ang, yang juga pengarah perubatan di Pusat Barah Parkway, didengar oleh tribunal itu.



Keseluruhan proses biasanya mengambil masa beberapa tahun.



Tribunal itu membebaskan Dr Ang daripada dua aduan, tetapi mendapati beliau bersalah bagi dua tuduhan dan mengenakan denda $25,000 ke atasnya.



Doktor didapati bersalah oleh SMC biasanya diberi masa sebulan untuk menentukan apakah mereka akan merayu keputusan itu.



Rayuan didengar oleh Mahkamah Tinggi.



Jika tiada rayuan dibuat, keputusan tribunal, dan alasan bagi keputusannya, didedahkan kepada umum selepas sebulan.



Kenyataan TalkMed itu menambah: "Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap Dr Ang dan operasi harian syarikat tidak terjejas."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >