Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor didenda $3,000 kerana pengisytiharan palsu

Jan 12, 2016 | 12:32 PM



Seorang doktor perubatan yang juga bekas penulis permotoran didenda $3,000 pada Selasa (12 Jan) kerana membuat pengisytiharan palsu apabila cuba memperbaharui sijil perkhidmatannya.


Winston Lee Siew Boon, 72 tahun, mengaku mengisytiharkan secara bertulis kepada Majlis Perubatan Singapura (SMC) pada 23 Julai 2013 bahawa dia tidak menjadi subjek siasatan atau sembarang siasatan polis sejak pengisytiharan terakhir.


Dia tahu itu tidak benar kerana dia sedang disiasat waktu itu kerana mencabul seorang pesakit wanita berusia 34 tahun dua kali di kliniknya, Thong Hoe Clinic, di Bukit Batok Street 11, pada Jun dan Oktober 2011.


Lee didapati bersalah pada Mac 2014 selepas perbicaraan tujuh hari bagi perbuatan menyentuh buah dada wakil jualan itu dan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan pada Mei tahun itu.


Dia merayu dan gagal.


Lee memulakan hukumannya Isnin lalu (4 Jan) selepas Mahkamah Rayuan menolak usahanya pada November lalu untuk mendapatkan hakim mengkaji semula sabitannya melalui prosedur yang dikenali sebagai rujukan jenayah.


Dalam kes Selasa, mahkamah mendengar bahawa Lee dipanggil oleh polis untuk siasatan berkaitan kes mencabul kehormatan dakwaan pada November 2011. Dia ditangkap pada April 2013, dibebaskan dengan jaminan dan dihadapkan ke mahkamah.


Pendakwa Kementerian Kesihatan (MOH), Encik Andre Musa Tan, berkata SMC menerima permohonan Lee untuk pembaharuan sijil perkhidmatan pada Julai 2013. Sijil sedia ada dijadulkan tamat pada Disember tahun itu.


Dia meletak tanda 'No' (Tidak) dalam petak soalan apakah dia telah disabitkan atau menjadi subjek siasatan atau penyiasatan oleh mana-mana badan profesional, penguasa pelesenan kesihatan atau polis yang boleh menjadi asas bagi salah laku profesional atau merupakan kelakuan tidak elok yang boleh mendatangkan keburukan ke atas profesion perubatan.


Lee akan menghadapi satu prosiding berasingan SMC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >