Doktor didenda merosakkan tangan pesakit semasa rawatan

SEORANG doktor rawatan estetik telah didenda dan dikecam oleh Majlis Perubatan Singapura (SMC) kerana menyebabkan kerosakan pada tangan seorang pesakit semasa rawatan sedut lemak yang dikenali sebagai 'liposuction'.

Dr Kevin Teh, seorang doktor di Singapore Lipo, Body and Face Centre yang berusia 40 tahun, dituduh mengakibatkan kerosakan pada tangan seorang penyelamat perenang, Encik Michael Balensiefer, sewaktu beliau mendapatkan rawatan liposuction pada 2009.

Encik Balensiefer, 36 tahun, telah membuat rayuan kepada bekas Menteri Kesihatan, Encik Khaw Boon Wan, mengenai kes tersebut.

Encik Khaw kemudian mengarahkan SMC untuk mengadakan perbicaraan displin tentang kes tersebut.

Perbicaraan itu diadakan pada tahun lalu dan tahun ini.

Dalam keputusan bagi kes tersebut yang diterbitkan pada hari ini, jawatankuasa displin mendapati bahawa Dr Teh telah "membuat beberapa penilaian salah yang akhirnya memuncak kepada perbuatannya untuk menutupi kesalahannya".

Dr Teh telah didenda $10,000, dikecam dan disuruh menulis perjanjian kepada SMC untuk menjauhkan diri daripada memalsukan atau menyebabkan pemalsuan terhadap rekod perubatan pesakit pada masa hadapan.

Beliau juga diarahkan membayar 70 peratus daripada kos perbicaraan displin dan kos yang berkaitan dengannya, termasuk kos guaman kepada SMC dan penilai undang-undang.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.