Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor digantung dan didenda kerana tidak teliti beri pil tidur

Sep 20, 2016 | 12:24 PM



SEORANG doktor digantung empat bulan dan denda $15,000 berkaitan beberapa tuduhan, termasuk preskripsi tidak sesuai pil tidur. Ia melibatkan 78 pesakit.

Dr Heng Boon Wah Joseph, 66 tahun, daripada klinik Heng Clinic & Surgery di Bedok Reservoir Road, mengaku bersalah terhadap 47 tuduhan salah laku profesional kerana tidak teliti dalam pengurusan dan rawatan pesakit, kata Majlis Perubatan Singapura dalam satu kenyataan pada Selasa (20 Sept).

Sebanyak 31 pertuduhan diambil kira oleh Tribunal Tatatertib majlis itu.

Tuduhan termasuk preskripsi tidak sesuai ubat hipnosis - atau pil tidur - bagi pesakitnya, dan gagal merujuk pesakit kepada pakar perubatan atau pakar psikiatri.

Majlis itu berkata ia mengadakan siasatan terhadap Dr Heng pada 26 Julai, terbit daripada aduan pada 30 Dis 2011 daripada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) kepada majlis itu.

Dalam menentukan hukuman bagi Dr Heng, tribunal tersebut melihat bilangan besar pesakit yang terlibat dan bilangan kejadian preskripsi tidak sesuai pil tidur, yang diberi dalam tempoh agak singkat kira-kira tiga bulan.

Tribunal itu juga melihat kejadian di mana Dr Heng terus memberi ubat tidur kepada pesakit sedangkan ada sebab untuk mengesyaki berlaku pergantungan atau penyalahgunaan ubat.

Selain digantung dan didenda, Dr Heng dicela, diperintah memberi satu akuan janji bertulis kepada majlis itu bahawa beliau tidak akan terlibat lagi dalam tingkah laku yang diadukan itu, dan membayar kos serta perbelanjaan berhubung prosiding tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >