Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor digantung kerana tidak beri MC secukupnya

May 12, 2016 | 09:12 AM



SEORANG pakar bedah ortopedik di Hospital Raffles didapati bersalah melakukan salah laku profesional dan digantung enam bulan, selepas Majlis Perubatan Singapura (SMC) merayu terhadap pembebasannya berkaitan cara beliau menguruskan seorang pekerja binaan cedera.



Dr Wong Nya Choon, 51 tahun, memberi pesakit itu hanya dua hari cuti sakit (MC) selepas beliau patah tangan kanan dalam kemalangan di tapak binaan, dan mengesahkan beliau sesuai untuk tugas ringan sehari selepas pembedahan.



Satu tribunal disiplin, yang mendengar kes itu antara Jun dan September tahun lepas, membebaskan Dr Wong daripada salah laku profesional.



Kedua-dua pihak dalam kes itu bersetuju faktor utama yang doktor perlu pertimbang sebelum membuat keputusan mengenai jenis atau tempoh cuti sakit termasuk keterukan penyakit atau kecederaan, jumlah masa pemulihan yang diperlukan selepas rawatan, dan jenis kerja pesakit.



Bagaimanapun, tribunal itu membebaskan Dr Wong kerana tidak ada bukti kukuh menunjukkan beliau gagal mematuhi piawaian kelakuan dalam menguruskan pesakit.



SMC kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan itu kepada Mahkamah Tiga Hakim.



Mahkamah memutuskan Dr Wong menimbangkan "faktor-faktor tidak relevan" dalam mengeluarkan sijil cuti sakit dan tidak menghiraukan kesejahteraan pesakit.



Ia membatalkan pembebasan tribunal itu pada Selasa (10 Mei) dan mengarahkan Dr Wong dikecam dan digantung enam bulan.



Beliau juga perlu menanggung kos SMC bagi siasatan tribunal dan rayuan tersebut, dan berjanji kepada majlis itu tidak akan mengulangi perlakuan tersebut atau yang serupa pada masa depan.



Kemalangan itu berlaku pada 3 Sept 2011. Dr Wong melakukan pembedahan pada awal esoknya dan pesakit dibenarkan keluar selepas itu.



Prosiding tribunal itu timbul daripada aduan oleh Pertubuhan Kemanusiaan bagi Migrasi Ekonomi (Home), sebuah kumpulan yang membantu pekerja asing.



Pengarah Eksekutifnya, Encik Jolovan Wham, berkata: "Aduan itu dibuat kerana kebimbangan serius bahawa doktor mungkin berpakat dengan syarikat untuk tidak menggalak pekerja mengambil cuti sakit, dan memfailkan tuntutan pampasan kecederaan kerja, walaupun pekerja cedera parah."



Ia bertemu sekurang-kurangnya 15 pekerja setahun yang tidak diberi cuti sakit mencukupi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >