Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor estetik dijel 31/2 tahun kerana cabul pesakit lelaki

Jul 29, 2016 | 07:27 AM



KETIKA melaksana prosedur liposuction selama dua hari pada seorang pesakit lelaki yang diberinya ubat pelali, seorang doktor estetik mencabul beliau.



Tan Kok Leong menyentuh kemaluan mangsa berusia 33 tahun itu - seorang doktor Malaysia - berkali-kali sepanjang dua malam di sebuah bilik hotel.



Dia, 50 tahun, juga mengambil lebih 20 gambar yang sangat menceroboh privasi mangsa.



Tan, yang didapati bersalah bulan lepas memberi dadah dan mencabul kehormatan doktor itu, dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun pada Khamis (28 Jul).



Dia bebas dengan ikat jamin $40,000 sementara menunggu rayuannya terhadap sabitan dan hukuman.



Tan didapati bersalah selepas perbicaraan selama 18 hari bagii tuduhan mencabul doktor itu selepas dua kali memberi Dormicum dan Rosiden kepadanya semasa melakukan prosedur liposuction di Oasia Hotel, Sinaran Drive, pada 5 dan 6 Julai 2013.



Pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Tan bagi tuduhan mencabul kehormatan mangsa pada 6 Jun tahun itu di Life Source Medical Centre di Pusat Perubatan Novena, tempat Tan menjadi rakan kongsi.



Life Source Medical Centre telah ditutup.



Mangsa tidak boleh dinamakan kerana perintah larangan bagi melindungi identitinya.



Tan, yang berpengalaman lebih 25 tahun, mendakwa dalam pembelaannya bahawa perbuatan itu dilakukan untuk tujuan klinikal. Dia juga berkata pesakit telah memberi persetujuan untuk dia menjalankan perbuatan berkenaan.



Namun, Hakim Mahkamah Daerah Siva Shanmugam mendapati pembelaan persetujuan tidak terbukti.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Alan Loh dan Penolong Pendakwa Raya (APP) Thiagesh Sukumaran meminta hukuman berat sekurang-kurangnya lima tahun dan lapan bulan.



Daripada lebih 20 gambar yang diambil Tan, dua adalah gambar penuh panjang yang menunjukkan mangsa tidak sedar diri dan memakai hanya kemeja-T.



DPP Loh berkata nasib baik seorang rakan kongsi Tan di Life Source, Dr Gerald Tan, menemui gambar-gambar itu dan memberitahu mangsa, yang kemudian membuat laporan polis.



Gambar-gambar tersebut juga terdapat dalam telefon bimbit Tan.



Hakim berkata kesalahan itu telah dirancang terlebih dahulu, dan mangsa terdedah serta tidak dapat membela diri kerana ubat pelali tersebut.



Beliau berkata Tan tidak menunjukkan sebarang penyesalan, manakala mangsa mengalami kewangan dan psikologi akibat kejadian itu.



Tan juga kelihatan tidak mengesahkan sangat keselamatan dan kesejahteraan mangsa dengan memberinya ubat pelali di dalam bilik hotel, di luar persekitaran hospital, kata Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >