LEBIH separuh pakar barah Singapura telah bersatu untuk menghasilkan satu garis panduan pertama di negara ini mengenai amalan terbaik bagi merawat beberapa jenis barah.
Mereka berharap ini akan memberi satu rujukan mudah bagi doktor, pesakit dan penggubal dasar mengenai apa yang terbaik untuk pesakit tempatan.