Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor mata digantung tiga bulan kerana rahsiakan pendapatan

May 03, 2016 | 12:35 PM



SEORANG pakar bedah mata berusia 55 tahun yang merahsiakan pendapatan tambahan hampir $450,000 daripada majikannya telah digantung selama tiga bulan.



Dr Marc Tay Tze-Hsin, bekas perenang kebangsaan, bekerja sebagai perunding bersama Pacific Healthcare Specialist Services (PHSS) dan juga seorang pengarahnya. Di bawah perjanjian tiga tahun pada 2004, dia dikehendaki menyerahkan semua pendapatan yang dijana kepada syarikat itu.



Bagaimanapun, antara Disember 2005 dan Disember 2006, klinik The Lasik Surgery Clinic membayar Dr Tay bayaran yang disembunyikan daripada PHSS. Jumlah terlibat ialah $445,874.



"Kesalahan Dr Tay serius dan tidak boleh disifatkan sebagai pelanggaran kontrak pekerjaan semata-mata," kata Majlis Perubatan Singapura dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa (3 Mei).



Ia menambah bahawa "sembarang hukuman kurang daripada penggantungan tidak akan mencukupi untuk mencerminkan keseriusan kelakuan salah Dr Tay, yang melibatkan ketakjujuran".



Penggantungan tiga bulan Dr Tay berkuat kuasa mulai 25 April dan akan berjalan hingga 24 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >