Dolar Singapura jatuh ke paras paling rendah dalam enam tahun

DOLAR Singapura jatuh ke paras paling rendah dalam tempoh lebih enam tahun pada pagi Khamis (7 Jan), disebabkan satu lagi penurunan nilai yuan.

Ia diniagakan pada kadar tukaran $1.4357 bagi sedolar Amerika pada 11.26 pagi, daripada $1.4344 pada Rabu. Ia jatuh ke paras terendah dalam enam tahun sebanyak $1.4432 pada 9.18 pagi.

Dolar Singapura boleh menjadi lemah ke paras $1.45 bagi sedolar Amerika tahun ini, kata ketua pegawai pelaburan serantau bagi Selatan Asia Pasifik di UBS Wealth Management, Encik Kelvin Tay, dalam satu laporan dalam talian akhbar The Straits Times.

Yuan turun 0.5 peratus pada Khamis, selepas bank pusat China menurunkan kadar rujukan bagi mata wang itu ke 6,5646 bagi sedolar Amerika - paling rendah sejak Mac 2011.

Penganalisis menambah bahawa dolar Amerika akan terus kukuh kerana Rizab Federal Amerika mungkin menaikkan kadar faedah.

Langkah tersebut positif bagi mata wang Amerika sedang ekonomi negara itu pulih perlahan-lahan. - Bloomberg

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.