DORMITORI pekerja asing yang keempat kini merupakan tapak pengasingan menyusuli kes Covid-19 di tempat sedemikian yang terus bertambah.
Dalam satu notis di Warta Pemerintah kelmarin, Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong mengisytiharkan Sungei Tengah Lodge sebagai tapak pengasingan di bawah Akta Penyakit Berjangkit mulai tengah malam untuk membendung penularan wabak koronavirus.