Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Dana tambahan bagi syarikat, jika kerjasama dengan kesatuan pekerja untuk bantu pekerja berubah

May 01, 2019 | 06:00 PM



Kemajuan teknologi harus membantu pekerja melaksanakan tugas dengan lebih baik, dan tidak menggantikan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat, pada Rabu (1 Mei).



Dalam ucapannya di Rapat Hari Pekerja di Downtown East, Encik Heng berkata Singapura berusaha untuk mencapai kesudahan itu dengan membantu pekerja mempersediakan diri bagi pekerjaan di masa depan menerusi pembelajaran sepanjang hayat - salah satu daripada tiga strategi utama negara.



“Kita tidak boleh melindungi pekerjaan yang menjadi tidak relevan. Tapi kita boleh dan akan melindungi pekerja - setiap lelaki dan perempuan yang bekerja, kata Encik Heng.



Bercakap kepada lebih 1,600 penggiat kesatuan pekerja, pekerja, majikan dan menteri Kabinet, Encik Heng, yang memulakan tugas sebagai DPM hari ini, berkata bahawa dua lagi strategi adalah mengubah ekonomi dan mengejar pertumbuhan insklusif.



Strategi ini bertujugan membantu Singapura menyahut cabaran kemajuan teknologi yang pesat, profil pekerja yang berubah dan persaingan lebih sengit di dunia, yang boleh menyebabkan sebahagian pekerja berasa ketinggalan.



Pada Rabu, Encik Heng mengumumkan  bahawa syarikat boleh memperoleh sokongan pendanaan tambahan 10 peratus menerusi Geran Pembangunan Syarikat (EDG) jika mereka bekerjasama dengan kesatuan pekerja untuk melatih pekerja dalam pasaran pekerjaan yang berubah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >