Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM ketuai delegasi peringkat tinggi ke Qatar, Mesir

Mar 06, 2016 | 01:20 PM



TIMBALAN Perdana Menteri (DPM) Teo Chee Hean akan melawat Qatar dan Mesir hari ini hingga Rabu.

Di Qatar, DPM Teo, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi (HLJC) Qatar-Singapura yang ketujuh dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Qatar, Sheikh Abdullah Bin Nasser Bin Khalifa Al Thani.

Dalam lawatan itu, beliau, yang ditemani delegasi peringkat tinggi yang terdiri daripada Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Undang-Undang), Cik Indranee Rajah; Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pendidikan), Dr Janil Puthucheary; Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pembangunan Negara), Dr Koh Poh Koon; serta Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri, Encik Amrin Amin.

HLJC merupakan wadah utama bagi hubungan dua hala antara Singapura dengan Qatar.

Mesyuarat HLJC yang keenam diadakan di negara ini pada November 2013.

Lawatan Encik Teo itu juga merupakan sebahagian usaha Singapura terus menjalin hubungan rapat dengan anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Singapura telah menandatangani perjanjian dagangan bebas (FTA) dengan GCC yang dilaksana pada 1 September 2013.

Dalam pada itu, Encik Teo juga akan melawat loji rawatan air kumbah, Doha North Sewage Treatment Works, di Umm Salal Ali yang dibina dan dikendali syarikat Keppel Seghers serta bertemu dengan warga Singapura yang tinggal di Qatar.

Di Mesir pula, Encik Teo akan bertemu dengan beberapa pemimpin negara itu bagi berbincang cara untuk mempertingkatkan lagi kerjasama antara Mesir dengan Singapura.

Pemimpin Mesir yang bakal ditemui Encik Teo termasuk Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi, Perdana Menteri Sherif Ismail, Imam Besar Al-Azhar Dr Ahmed Al Tayyeb dan Mufti Besar Mesir Dr Shawki Allam.

Selain itu, Encik Teo juga akan berjumpa dengan pegawai keselamatan kanan Mesir bagi bertukar-tukar pendapat tentang perkembangan keselamatan di rantau itu.

Di sebuah jamuan yang dianjurkan bagi menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala yang dijalin antara Mesir dengan Singapura, Encik Teo akan menghadirinya selaku tetamu terhormat.

Beliau juga akan mengadakan sesi dialog dengan pelajar Singapura di Mesir dengan disertai Encik Masagos, Dr Maliki, Dr Koh dan Encik Amrin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >