Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Teo: Bina kepercayaan elak ideologi ekstremis berakar

Nov 26, 2017 | 05:30 AM



PERTUBUHAN sosial mempunyai peranan penting membina masyarakat yang inklusif dan penyayang, tidak kira kaum atau agama.



Menekankan demikian, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata masyarakat perlu akui bahaya ajaran eksklusif terhadap perpaduan sosial dan ancaman ideologi ekstremis ganas terhadap keamanan dan keselamatan Singapura.



"Kita mesti tolak ajaran eksklusif dan ekstremis dan tidak membiarkan mereka berakar di Singapura yang berbilang budaya, berbilang agama.



"Sebaliknya, kita harus saling menjangkau masyarakat dan menggalakkan keterbukaan dan interaksi bagi membina ikatan kepercayaan dan pemahaman masyarakat yang lebih kuat," kata beliau di majlis ulang tahun ke-65 Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) di pusat Konvensyen Suntec, kelmarin.



Encik Teo maklum bahawa PPIS bersama Misi Tao, Majlis Perwakilan Wanita Singapura (SCWO), Kumpulan Belia Antara Agama mempromosikan perbualan di kalangan pelbagai kumpulan agama.



Memuji inisiatif itu kerana ia akan memperkukuh ikatan pesahabatan, Encik Teo juga gembira melihat PPIS menjadi penyokong kuat SG Cares - gerakan nasional bagi membina budaya sivik yang teguh dan menyokong satu sama lain.



Langkah PPIS menggerakkan sukarelawan bagi membantu orang kurang bernasib baik, tanpa mengira kaum atau agama, mencerminkan semangat yang SG Cares ingin semai dalam masyarakat.



Dengan lebih ramai rakyat Singapura tampil menyumbangkan masa dan memberi sokongan, kita boleh membina kediaman yang inklusif dan penuh kasih sayang kepada semua, kata beliau.



Semasa berucap, Encik Teo juga memuji PPIS yang ditubuhkan pada 1952 dalam usahanya membaiki kehidupan kaum wanita dan anak mereka - menerusi peningkatan kemahiran diri dan pekerjaan.



Ini memberi wanita lebih banyak pilihan, peluang dan penghormatan.



Usaha itu, kata Encik Teo, boleh dilanjutkan dengan membina keluarga yang teguh, memperkasa wanita dan mempromosi masyarakat penyayang dan inklusif.



Kaunselor dan sukarelawan PPIS boleh membangunkan program membantu membina keluarga teguh.



"Kami boleh melanjutkan rangkaian sokongan bagi memberi bantuan lebih holistik kepada mereka yang memerlukan lebih banyak bantuan.



"Pertubuhan perkhidmatan sosial boleh meluaskan keupayaan dan membina perkongsian bagi memanfaatkan sumber satu sama lain," ujarnya.



Beliau maklum PPIS telah meluaskan khidmat sokongan keluarga, membantu merekrut, menapis dan melatih ibu bapa angkat, membantu pasangan menyesuaikan kehidupan berumahtangga dan memperkukuh asas perhubungan dan menasihatkan pasangan bercerai supaya mengambil berat pertumbuhan anak mereka.



Khidmat serupa itu, ujarnya, telah membantu memperkukuh keluarga sebagai unit asas masyarakat.



Langkah lanjut ialah memperkasa wanita menyumbang kepada masyarakat.



Beliau gembira melihat bilangan profesional, pemimpin dan usahawan wanita Muslim semakin bertambah.



Acara seperti majlis dialog anjuran PPIS dan Mendaki, ujarnya, menjadi wadah perbincangan bagaimana kaum wanita boleh memberi sumbangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >