KEPENTINGAN bersama Singapura dengan China dalam membina sebuah rantau yang aman dan maju lebih besar berbanding perbezaan pandangan sesekali antara dua negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, semalam.
Kededua negara mempunyai hubungan yang luas dan lama, mengongsi pandangan serupa tentang kebanyakan isu dan bekerjasama dengan baik bagi memajukan kepentingan bersama itu, kata Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara.