DPM Teo lawat Jakarta tiga hari

TIMBALAN Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean akan mengadakan lawatan kerja ke Jakarta mulai esok hingga Rabu.

Semasa lawatan tersebut, DPM Teo dijadual bertemu beberapa anggota kanan pemerintah Indonesia termasuk Presiden Joko Widodo dan Menteri Penyelaras Bagi Politik, Undang-Undang dan Ehwal Keselamatan Indonesia (Bersara), Jeneral Luhut Pandjaitan, kata kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada pendekatan dua hala peringkat tinggi antara Singapura dengan Indonesia yang kerap diadakan.

Kunjungan Encik Teo itu merupakan susulan daripada lawatan Menteri Pertahanan Ng Eng Heng ke Jakarta pada September lalu, kunjungan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla ke Singapura pada Ogos 2015 dan Lawatan Negara Presiden Widodo ke sini pada Julai lalu.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.