TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, akan ke Malaysia bagi satu lawatan kerja dua hari mulai hari ini.
Semasa lawatan itu, Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, akan menghadiri pembukaan rasmi Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru: Mengubah Negara melalui Kreativiti dan Inovasi.