TIMBALAN Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, akan melawat Oman dari 12 hingga 14 Oktober sebagai sebahagian daripada langkah berterusan Singapura untuk menjalin hubungan di Timur Tengah.
Di Oman, Encik Teo akan menemui Timbalan Perdana Menteri bagi Majlis Menteri negara itu, Encik Sayyid Fahd Bin Mahmoud Al Said.