LANGKAH menubuhkan jawatankuasa menteri untuk mempertimbangkan pilihan bagi rumah Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew sebenarnya mengikut proses yang betul tetapi ironinya ada pihak menganggapnya sebagai penyalahgunaan kuasa, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.
DPM Teo berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Parlimen semalam bagi mempertahankan jawatankuasa yang dipengerusikannya, yang juga dikritik Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling beberapa minggu lalu.