Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Teo pimpin warga Spura di Shanghai beri penghormatan kepada Encik Lee

Apr 11, 2015 | 07:41 PM



TIMBALAN Perdana Menteri Teo Chee Hean memimpin sekitar 5,000 warga Singapura memberi penghormatan kepada Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew semasa acara Hari Singapura di Shanghai, China, Sabtu. 


Menyifatkan acara itu sebagai majlis perjumpaan yang pahit manis, Encik Teo berkata:


“Kita tidak mungkin dapat berkumpul hari ini sebagai warga Singapura kalau bukan kerana Encik Lee dan perintis kita. Walaupun dengan pemergiannya, Encik Lee menyatukan warga Singapura – di Singapura dan di luar negara.”


Encik Teo turut menarik perhatian lebih 5,400 warga Singapura yang tinggal di 36 kota dari seluruh dunia telah mengadakan majlis memperingati mendiang Encik Lee yang meninggal dunia pada usia 91 tahun pada 23 Mac lalu.


Semasa menyampaikan ucapan, Encik Teo berkata Encik Lee yakin Singapura harus dihubungkan dengan dunia untuk maju sebagai negara merdeka.

Ini membawa kepada usaha bersepadu mengantarabangsakan perusahaan Singapura.


Beliau juga menyentuh komitmen Encik Lee kepada kedwibahasaan dan kedwibudayaan serta usahanya menggalak hubungan Singapura-China yang telah membantu warga Singapura dan syarikat bertapak di luar negara dengan yakin.


“Buktinya, terdapat sekitar 20,000 warga Singapura yang bekerja dan belajar di China,” ujar Encik Teo.


Penganjur acara Hari Singapura, yang telah diadakan setiap tahun sejak 2007, turut mengadakan pameran dengan gambar yang merakam detik penting dalam kehidupan Encik Lee serta pencapaiannya.


Segmen khas bagi memperingati Encik Lee turut disertakan dalam program acara itu, dengan Encik Lee memimpin hadirin bertafakur selama seminit.


Sementara itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Grace Fu, turut berkongsi cerita tentang Encik Lee dan bagaimana beliau membina masyarakat berbilang bangsa bersama kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun di sebuah khemah kendalian Kementerian Pendidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >