Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Teo umum geran $42 juta bina ketahanan prasarana siber

Oct 15, 2014 | 10:31 AM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, mengumumkan geran pembiayaan $42 juta bagi pelbagai projek keselamatan siber untuk tempoh dua hingga lima tahun akan datang.


Dana tersebut akan diberikan kepada tujuh projek bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan termasuk keselamatan bergerak, forensik digital dan keselamatan data cloud.


Projek-projek itu dipilih oleh Yayasan Kajian Negara (NRF) daripada lebih 20 saranan yang diberikan berbagai institut.


"Projek-projek ini berharap dapat mengukuhkan ketahanan prasarana siber Singapura dan membantu kita berada di hadapan ancaman siber," kata Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional dan Menteri Ehwal Dalam Negeri.


Beliau berkata demikian di Seminar Keselamatan Nasional ke-12 di Hotel Hilton, Orchard.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >