Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dr Faishal lawat UAE

Oct 27, 2023 | 07:42 PM



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim telah bertemu Timbalan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Saif Zayed, semasa kunjungannya ke sana.

Menurut Dr Faishal, pertemuan tersebut bertujuan “mengesahkan dedikasi kededua negara terhadap kerjasama dalam bidang keselamatan”.

“Kami juga telah membincangkan cara baru untuk menggalak keselamatan dan kemakmuran kededua negara,” tambah Dr Faishal dalam kiriman di Facebook.

Dr Faishal melawat UAE bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Perikatan Keselamatan Antarabangsa kelima yang diadakan di Abu Dhabi pada Khamis.

Mesyuarat tersebut dihadiri negara anggota pakatan tersebut bagi mempertingkat kerjasama antarabangsa dalam menghadapi cabaran keselamatan rentas sempadan.

Semasa di sana, Dr Faishal juga telah bertemu Pengerusi Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shaykh Abdullah Bayyah yang juga merupakan Presiden Forum Menggalak Keamanan dalam Masyarakat Islam di UAE.

Menurut Dr Faishal, pertemuan tersebut bertujuan membincangkan pentingnya sikap saling hormat menghormati antara agama.

“Kami telah membincangkan pentingnya memupuk sikap saling hormat menghormati, saling memahami serta harmoni antara pelbagai bangsa dan agama.

“Perbincangan kami juga telah menekankan pentingnya untuk kita menerima kepelbagaian agama dan menggalak budaya hidup bersama dalam keadaan aman,” katanya menerusi kiriman di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >