Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dr Mahathir terbit semula video tular beliau memandu sekeliling KL

May 21, 2018 | 11:06 AM



PERDANA Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Isnin 21 Mei, telah menerbitkan semula video di Twitter - yang kini menjadi tular - yang menunjukkan beliau memandu di sekeliling Kuala Lumpur pada hari sebelumnya.



Video seminit itu menunjukkan Dr Mahathir  memandu kenderaan yang kelihatan seperti sebuah Proton Perdana dan pertama kali diterbitkan di Twitter oleh penulis blog dari Malaysia Encik Firdaus Abdullah.



[embed]https://twitter.com/firdyfire/status/998045195605164032[/embed]​



Dalam terbitan asal itu, Encik Firdaus berkata:



“Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad memandu dirinya sendiri untuk melihat pembangunan terkini sekitar Kuala Lumpur pagi ini.”



Tambah beliau:



“Ada yang bertanya dari manakah Dr Mahathir mendapat tenaga melimpah pada usia 93 tahun. Moga Tuhan akan sentiasa melindungi pemimpin negara ini.”



Video ini telah disaksikan lebih 217,000 kali sejak ia diterbitkan dan dikongsi lebih 10,000 kali dan diberikan 16,000 ‘likes’ oleh pengguna Twitter.



Dr Mahathir difahami gemar memandu di sekeliling Putrajaya, menurut akhbar Malay Mail.



 Semasa penggal pertama menjadi Perdana Menteri - dari 1981 hingga 2003 - Dr Mahathir difahami cenderung mengunjungi tempat-tempat awam tanpa mengumumkan kunjungannya itu, kata Malay Mail.



Dr Mahathir juga adalah penggemar kereta, dan amat gemar pada Proton - kereta yang dihasilkan oleh penghasil kereta setempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >