PARA penternak ikan yang menanggung kerugian besar dek kematian ikan-ikan ternakan mereka tidak perlu bimbang untuk mencapai matlamat pengeluaran yang ditetapkan pemerintah.
Ekoran kematian besar-besaran ikan-ikan ternakan baru-baru ini, Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) akan mengambil pendekatan fleksibel dalam menguatkuasakan peraturan tersebut.
Semasa melawat dua buah ladang ternakan ikan di kawasan perairan dekat Changi semalam, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, memberi jaminan tersebut selain berikrar untuk membantu para penternak ikan yang terjejas mengatasi keadaan mereka sekarang.
Menurutnya, sudah ada struktur-struktur sokongan kini, seperti dana makanan AVA, yang boleh dimanfaatkan para penternak ikan yang terjejas.