Dr Tan Cheng Bock lahir hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya presiden

MANTAN calon Pilihan Raya Presiden 2011, Dr Tan Cheng Bock, mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang.

Beliau melahirkan hasratnya itu dalam satu sidang akhbar di Commonwealth pagi tadi, Jumaat (11 Mac).

Dalam sidang sekitar sejam setengah pagi tadi, Dr Tan berkata seramai 738,000 warga Singapura telah mengundi untuknya, dan ramai yang telah tertanya-tanya apakah beliau berhasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden yang perlu diadakan sebelum Ogos 2017.

“Saya perlu memberi mereka jawapan. Pilihan raya itu dalam masa 17 bulan lagi. Saya fikir ini masanya untuk memberi keputusan saya.
“Saya kini mengisytiharkan bahawa saya berniat, dan akan, bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2017,” ujar Dr Tan, 75 tahun.

Beliau, yang juga mantan Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Ayer Rajah, tewas dalam Pilihan Raya Presiden lalu.

Pilihan raya itu dimenangi oleh Presiden sekarang, Dr Tony Tan Keng Yam, dengan perbezaan tipis 0.34 peratus.

Dalam sidang itu, beliau turut membentangkan sumbangannya sepanjang 26 tahun sebagai AP termasuk memperjuang isu bakat asing, penggunaan CPF untuk pendidikan dan menjadikan tempat letak kereta percuma pada hari Ahad.

Bulan lalu, pemerintah mengumumkan pelantikan Suruhanjaya Perlembagaan yang akan mengkaji dan membuat saranan mengenai aspek Presiden Dipilih.

Dr Tan berkata beliau tidak akan cuba menjangkakan apa yang akan disarankan suruhanjaya itu. 

“Anda mungkin tanya mengapa saya umumkan sekarang. Saya sudah dalam politik untuk 26 tahun, saya telah bertanding dalam enam pilihan raya dan setiap pilihan raya saya mencapai keputusan agak baik.

“Ini kerana saya telah buat banyak persiapan dan tidak mengambil mudah undi pengundi,” ujarnya.

Ditanya apakah beliau prihatin kriteria baru Presiden akan menjadikan beliau tidak layak dalam Pilihan Raya Presiden akan datang.

“Kami biarkan perkara ini kepada suruhanjaya. Kami tidak akan membuat spekulasi,” ujarnya.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.