Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LEE KUAN YEW 1923-2015

Dr Yaacob: Mendiang Lee Kuan Yew bantu Melayu/Islam berjaya

Mar 25, 2015 | 05:35 PM



MENDIANG Encik Lee Kuan Yew berasa amat yakin bahawa tiada siapa sepatutnya 'ketinggalan', terutamanya golongan minoriti, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.


"Beliau menemui jalan dan cara untuk membantu kita bergerak sama...


"Beliau telah membantu masyarakat Melayu/Islam faham bahawa terdapat dua prinsip yang sering diperkatakan - meritokrasi dan berbilang bangsa - untuk berjaya dan saya fikir kita telah mencapainya," kata Dr Yaacob.


Beliau berada di sebuah tapak penghormatan untuk masyarakat di Hong Lim Park petang tadi bersama para pemimpin Muslim lain untuk menulis penghargaannya kepada mendiang Encik Lee.


Lebih daripada 1,000 orang yang terdiri daripada para penduduk dan mereka yang bekerja di kawasan tersebut berada di tapak masyarakat itu untuk memberikan penghormatan mereka kepada mendiang Encik Lee.


Dr Yaacob yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan berkata salah satu sumbangan terbesar mendiang Encik Lee kepada masyarakat Muslim ialah menerusi Dana Pembinaan Masjid yang kini dikenali sebagai Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF).


Dana itu ditubuhkan pada 1975 dan membenarkan masyarakat Muslim untuk meyumbang kepada pembinaan masjid-masjid baru menerusi sistem Tabung Simpanan Pekerja (CPF).


Pada ketika itu sesetengah masyarakat Muslim yang dipindahkan ke flat-flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tidak mempunyai sebarang masjid masyarakat dalam kawasan tempat tinggal mereka.


Usaha-usaha masyarakat untuk mengumpul dana menerusi sumbangan dari pintu ke pintu juga amat perlahan.


Dr Yaacob berkata:


"Kita tinggal dalam negara sekular dan kita tidak boleh bergantung kepada dana pemerintah, maka kita perlu bantu masyarakat sendiri.


"Tapi untuk mendapatkan masyarakat sama-sama bersatu untuk mengumpul dana.. beliau benarkan kita memanfaatkan sistem pemerintah - sistem CPF.


"Dana itu membantu masyarakat Muslim membina sehingga 23 buah masjid generasi baru," kata Dr Yaacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >