Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dr Yaacob: S'pura tidak perangi Islam, Muslim

Nov 03, 2014 | 06:52 PM



LANGKAH Singapura menyertai Kesepakatan Berbilang Negara menentang ISIS tidak seharusnya disifatkan sebagai tindakan terhadap Islam atau umatnya kerana ISIS itu sendiri tidak bercorak Islamik, ujar Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.


Dr Yaacob yang juga merangkap Menteri Perhubungan dan Penerangan, membuat kenyataan itu dalam laman sosial Facebook beliau menyusuli perbincangan mengenai kumpulan militan ISIS yang diketengahkan di Parlimen semalam.


"Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) serta Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) telah bergabung dengan para ulama dan pemimpin Islam antarabangsa untuk mengutuk ISIS tanpa sebarang keraguan.


"Mereka sepakat mengisytiharkan bahawa ajar radikal dan tindakan ISIS tiada kaitan dengan Islam. Islam menjunjung tinggi perdamaian, pemeliharaan kehidupan manusia dan kesuciannya, dan Islam turut melarang peperangan dan pembunuhan kejam ke atas orang lain," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >