Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua anak Fandi dapat tajaan bank

Jul 31, 2014 | 05:06 PM



DUA anak legenda bola sepak Fandi Ahmad - Irfan dan Ikhsan - telah menerima tajaan enam angka dari syarikat bank Kumpulan CIMB hari ini.


Didampingi anggota keluarga mereka, Irfan, 17 tahun, dan Ikhsan, 15 tahun, menandatangani perjanjian penajaan atlit dengan bank tersebut di ibu pejabat CIMB, di bangunan Singapore Land Tower.


Perjanjian itu bermula esok dan akan berjalan selama setahun, tertakluk pada pembaharuan dalam masa 12 bulan.


"Kami sangat bangga dengan apa yang Ifan dan Ikhsan sudah berjaya kecapi pada usia yang sangat muda dan kami berharap dengan penajaan ini, kedua-dua bakat Singapura boleh berjaya di peringkat tempatan dan serantau, dan juga akan berkembang maju di arena antarabangsa," kata Encik Mak Lye Mun, ketua negara Kumpulan CIMB Singapura dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank CIMB Singapura.


"Kami berasa amat bertuah kerana mempunyai penaja pada usia muda ini dan kami akan terus mengejar impian kami untuk menjadi pemain bola sepak profesional di Eropah pada suatu hari nanti," kata Irfan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >