Dua badan berkanun baru akan ditubuh bagi selia kemahiran dan pekerjaan

DUA badan berkanun baru, dinamakan sementara SkillsFuture Singapura (SSG) dan Tenaga Kerja Singapura (SSG), akan ditubuhkan untuk menggerakkan tumpuan negara pada kemahiran dan pekerjaan hadapan.

SSG akan menyelaras usaha bagi kemahiran lebih mendalam dan terletak di bawah Kementerian Pendidikan (MOE), manakala WSG, di bawah Kementerian Tenaga Manusia (MOM), akan memberi tumpuan pada pekerjaan dan perusahaan.

Ini diumum dua kementerian itu pada Selasa (12 Jan) dalam satu kenyataan media bersama.

Kededua badan berkanun dijangka ditubuhkan akhir tahun ini memandang penyusunan itu memerlukan perubahan undang-undang sedia ada dan perlu diluluskan di Parlimen.

SSG akan menyerap sebahagian daripada fungsi Agensi Pembangunan Tenaga Kerja Singapura (WDA) seperti latihan pekerja dewasa. Ia akan meningkatkan hubungan antara sistem kelayakan latihan vokasional, akademik dan dewasa supaya kelayakan boleh diiktiraf secara konsisten, ujar dua kementerian tersebut.

Ia juga akan menyertakan Majlis Pendidikan Swasta, badan berkanun di bawah MOE yang mengawal selia pengendali sekolah swasta. MOE ini akan membolehkan "pendekatan lebih terselaras ke arah jaminan audit dan mutu bagi institusi pendidikan swasta dan pusat latihan dewasa".

Pemangku Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, akan menerajui inisiatif SkillsFuture berikutan penyusunan semula itu. Beliau dilantik sebagai ketua eksekutif kedua WDA pada 2005.

WSG pula bertujuan mencapai pemadanan baik antara bekalan tenaga manusia dengan permintaan industri, dan mengekalkan tugas WDA dalam bantuan pekerjaan, perkhidmatan kerjaya dan pelibatan industri.

Bagi syarikat, ia akan memberi tumpuan pada usaha membantu mereka tidak menggunakan tenaga kerja berlebihan tetapi kekal kompetitif.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, berkata dalam kenyataan media itu bahawa penyusunan semula tersebut akan membantu kedua-dua badan berkanun baru itu menumpukan tenaga mereka pada misi utama mereka, yang merupakan keutamaan penting bagi masa depan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.