DUA badan berkanun baru - dinamakan sementara SkillsFuture Singapura (SSG) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) - akan ditubuhkan bagi menggerakkan tumpuan negara kepada kemahiran dan pekerjaan hadapan.
SSG akan menyelaras usaha bagi kemahiran lebih mendalam dan terletak di bawah Kementerian Pendidikan (MOE) manakala WSG di bawah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan memberi tumpuan kepada pekerjaan dan perusahaan.