Dua cedera dalam nahas dua lori, kereta di Bishan Road

DUA lori dan sebuah kereta terlibat dalam satu kemalangan di Bishan Road pada pagi Jumaat (30 Sept).

Seorang jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan dekat pintu masuk depot SMRT itu pada 7.50 pagi dan ambulans dikerah ke tempat kejadian.

Seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20-an tahun dihantar ke Hospital Tan Tock Seng.

Lelaki itu mengadu sakit dada dan melecet manakala wanita tersebut sakit di bahu kanan dan bengkak di pergelangan kaki kirinya, ujar SCDF.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,142.900 +15.970