Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua firma pilih Singapura bagi labur dalam R&D perubatan

Mar 08, 2016 | 10:47 AM



DUA syarikat antarabangsa telah memilih Singapura bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka dalam bidang perubatan.

Lite-On, yang berpangkalan di Taiwan, memilih negara ini sebagai tapak bagi pusat R&D bioperubatannya yang pertama di luar negara.

Pembekal terkemuka produk LED itu, yang menubuhkan ibu pejabat serantau dan pusat R&D di sini pada 2008, berkata minggu lalu ia merancang melabur $ 40 juta dalam industri bioperubatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Jumlah tersebut termasuk menubuhkan dan mengendalikan pusat baru itu.

Firma itu membangunkan produk diagnostik in-vitro (IVD) di bawah jenama Skyla sejak 2011. IVD ialah ujian yang boleh mengesan penyakit, masalah kesihatan atau jangkitan.

Pusat penyelidikan baru itu akan memberi tumpuan pada pembangunan produk perubatan yang memenuhi keperluan diagnostik tempat penjagaan (POC) - ujian biasanya dilakukan di sisi katil pesakit.

Encik Danny Liao, ketua eksekutif perniagaan baru syarikat itu, menyebut "kestabilan ekonomi, perlindungan terkenal aset harta intelek dan tenaga kerja bermutu tinggi" Singapura sebagai faktor yang membuat syarikat itu memutuskan membuka pusat penyelidikan di sini.

"Kami ingin dapat memendekkan masa pembangunan daripada tiga tahun kepada dua, lantas keputusan menempatkannya di Singapura akan membantu," kata Encik Liao.

Kemudahan itu bertujuan menggajikan 40 kakitangan mahir tahun ini.

Syarikat pengeluar ubat-ubatan Swiss pula, Ferring Pharmaceuticals, akan melabur $10 juta sepanjang lima tahun ini bagi R&D di Singapura.

Firma itu memberitahu akhbar The Straits Times pada majlis perasmian pejabat baru serantaunya di sini pada Isnin (7 Mac) ia sedang berunding dengan Institut Penyelidikan A*Star bagi satu kerjasama dalam R&D peringkat awal.

Ia juga sedang mengkaji kerjasama dengan hospital dan universiti tempatan.

"Tumpuan akan diberi pada penyelidikan dan menemui sebatian dan teknologi baru," kata Presiden Ferring Group, Encik Michel Pettigrew.

Encik Pettigrew berkata beliau menjangkakan $10 juta itu jumlah pelaburan "minimum".

"Jika perlu, penyelidik asing akan dibawa masuk. Tetapi anda tidak mencari inovasi jika anda membawa orang anda sendiri dalam... kami lebih suka menggunakan bakat warga Singapura yang dibangunkan di sini untuk mencari sesuatu yang baru buat kami," katanya.

Beliau membuat kenyataan itu semasa perasmian ibu pejabat Asia Pasifik baru syarikat itu di Capitol Tower.

Pejabat serantau baru di Singapura itu mempunyai 30 pekerja, tiga kali ganda bilangan dua tahun lalu.

Pendapatan tahunan Ferring kira-kira dua bilion euro ($3 bilion).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >