Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua kemalangan, 3 cedera di CTE gara-gara lelaki cuba bunuh diri

Oct 28, 2016 | 05:30 AM



TINDAKAN seorang lelaki cuba membunuh diri di jejambat Braddell di Ekspreswe Central (CTE) membawa kepada dua kemalangan dan tiga orang cedera awal pagi Jumaat (28 Okt).



Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di tempat kejadian selepas polis diberitahu mengenai kes cuba bunuh diri di jejambat itu pada 2.45 pagi.



Seorang lelaki berusia 38 tahun kemudian ditangkap berhubung kes itu, polis memberitahu akhbar The New Paper.



Kemudian pada kira-kira 3.10 pagi, sebuah van melanggar kenderaan Red Rhino SCDF yang diletak bahu jalan jejambat Braddell itu arah ke Ekspreswe Seletar (SLE).



Sebuah ambulans juga rosak akibat perlanggaran tersebut.



Selepas perlanggaran itu, van tersebut terbabas kira-kira lima meter dan terbalik.



Pemandu van itu, 69 tahun, mengadu sakit di bahagian dada, manakala seorang pegawai SCDF berusia 20 tahun, yang duduk di belakang Red Rhino tersebut, melecet pada tangan dan kaki.



Polis berkata mereka dihantar ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Pegawai SCDF itu telah keluar hospital dan diberi cuti sakit dua hari.



Tidak lama selepas kemalangan itu, sebuah kereta merempuh bahagian belakang sebuah teksi hanya 10 meter dari tempat nahas pertama.



Pegawai SCDF di tempat kejadian membantu mangsa kemalangan itu. Seorang penumpang wanita kereta tersebut berkata beliau berasa pening dan belakang kepalanya cedera.



Wanita berusia 20-an tahun itu juga dihantar ke TTSH dalam ambulans.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata dua kemalangan itu menjejas empat daripada lima lorong di CTE arah ke SLE.



Polis masih menyiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >