Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua kumpulan niaga Johor gesa dibina jambatan ketiga ke Singapura

Mar 18, 2016 | 03:10 PM



JOHOR BAHRU: Dua kumpulan perniagaan di Johor menggesa dibina jambatan ketiga ke Singapura.



Presiden Persatuan Perniagaan India Johor, Encik P. Sivakumar, berkata jambatan ketiga "bukan lagi satu pilihan" disebabkan kesesakan lalu lintas di Koswe dan Link Kedua.



"Percakapan tentang jambatan ketiga telah berjalan beberapa ketika dan saya berasa dua pemerintah ini perlu duduk dan membincangkannya dengan serius. Dua jambatan yang ada sekarang tidak lagi dapat menampung," katanya.



Encik Sivakumar berkata jumlah semakin bertambah pelancong menaiki bas melalui Link Kedua menyebabkan kesesakan besar.



"Sebelum ini ramai tidak suka menggunakan Link Kedua kerana ia jauh dan tolnya tinggi. Sekarang, orang terperangkap dalam kesesakan di sana beberapa jam. Keadaan bertambah buruk semasa cuti sekolah, musim perayaan dan hujung minggu panjang," katanya



Dalam pada itu, beliau mencadangkan laluan pejalan kaki dibina di pusat pemeriksaan lama berhampiran Tambak Johor ia berjalan kaki ke Singapura mengambil masa hanya 15 hingga 20 minit.



Sementara itu, timbalan presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Johor Baru, Encik Low Kueck Shin, mencadangkan jambatan ketiga dibina di kawasan Kong Kong di Pasir Gudang ke Sembawang di Singapura.



"Masuk akal dari segi ekonomi jika jambatan itu dibina di kawasan ini kerana ia akan merangsang perdagangan antara Malaysia dan Singapura," katanya.



Encik Low berkata projek MRT harus diperluas ke Johor secepat mungkin bagi membantu mengurangkan kesesakan.



"Persatuan ini menerima banyak aduan mengenai masa terbazir dalam kesesakan lalu lintas," katanya.



Beliau berkata kerajaan perlu menetapkan kekerapan perkhidmatan kereta api ulang-alik KTM Tebrau dari Johor Bahru ke Singapura pada setiap 10 minit bagi menggalak lebih ramai menggunakan kereta api.



Mengenai cadangan mengehadkan lori hanya di Link Kedua, beliau berkata lebih banyak lori akan menggunakan jambatan itu jika kadar tolnya diturunkan. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >