“Saya adalah penduduk Bishan-Toa Payoh, justeru saya gembira Perdana Menteri telah meletakkan saya di kawasan ini... Salah satu keutamaan saya ialah berjumpa dengan seberapa ramai penduduk menerusi kunjungan rumah ke rumah dan lawatan ke pasar. Saya mahu mendengar daripada penduduk bagaimana sekitaran dan kehidupan mereka dapat diperbaiki.”
- Encik Chee Hong Tat, 41 tahun, mantan Setiausaha Tetap Kedua, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam pada 1998 dan pernah berkhidmat dalam Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Kewangan, Pengangkutan dan Pendidikan.