Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki diberkas kerana bergaduh dalam kereta api MRT

May 13, 2023 | 06:22 PM



Dua lelaki telah diberkas menyusuli satu pergaduhan yang berlaku dalam sebuah kereta api yang sedang berhenti di stesen MRT Orchard pada malam Khamis.



Video pergaduhan yang dikongsi di media sosial pada Jumaat menunjukkan seorang lelaki berbaju warna biru gelap berada atas lantai kereta api tersebut, sambil menumbuk dan menendang seorang lelaki lain yang memakai baju biru terang.



Pada satu masa dalam video itu, lelaki berbaju biru gelap itu menggunakan kededua belah kakinya untuk cuba "mengunci kepala" lelaki yang seorang lagi.



Sementara itu, lelaki yang memakai baju biru terang itu cuba menangkap tengkuk lelaki di lantai itu.



Selipar dan sebuah beg dilihat bersepah di lantai gerabak tersebut, sementara dua lelaki lain cuba meleraikan keadaan.



Dalam respons kepada pertanyaan The Straits Times, polis berkata mereka diberitahu tentang satu pertengkaran pada sekitar 10.45 malam pada Khamis di stesen MRT Orchard.



Dua lelaki berusia 33 dan 35 tahun kemudian diberkas kerana bergaduh, kata polis, sambil menambah bahawa siasatan sedang berjalan.



Presiden Kereta Api SMRT, Encik Lam Sheau Kai berkata kakitangan stesen tersebut telah diberitahu tentang pergaduhan itu pada sekitar 10.50 malam dan pihak TransCom kemudian dikerah untuk menangani situasi.



Dalam laman Pasukan Polis Singapura (SPF), TransCom atau Komand Keselamatan Pengangkutan Awam dianggap sebagai unit khas yang memantau dan menguruskan usaha kepolisan menerusi rangkaian pengangkutan darat awam.



"Kami sedang membantu polis dalam siasatan mereka," kata Encik Lam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >