Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki didakwa atas tuduhan pemalsuan

Dec 26, 2022 | 05:10 PM



PENGASAS bersama Novena Global Healthcare Group (NGHG), Nelson Loh dan pekerjanya, Michael Wong, telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan pemalsuan.

Menurut pihak polis dalam satu kenyataan mereka pada Isnin (26 Dis), kedua-dua lelaki itu telah dikehendaki sejak dua tahun lalu.


Kedua-dua warga Singapura berusia 43 tahun itu telah didakwa di mahkamah pada Isnin.

Dalam masa beberapa hari selepas mereka keluar dari Singapura, pihak polis telah menerima laporan bahawa tandatangan firma perakaunan Ernst & Young telah dipalsukan dalam beberapa penyata kewangan NHGH. 


Waran penangkapan dan notis merah Interpol telah dikeluarkan terhadap mereka.

Dengan kerjasama dan bantuan rakan asing dari China, kedua-dua lelaki itu kembali ke Singapura pada Sabtu lalu (24 Dis) dan ditangkap oleh CAD pada hari  sama.


Loh didakwa atas dua kesalahan pemalsuan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan. 

Wong pula didakwa atas dua kesalahan pemalsuan mengikut Seksyen 471 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan. 


Mereka didakwa memalsukan penyata kewangan NGHG yang telah diaudit pada 2019 dan menggunakan penyata itu  untuk mendapatkan pinjaman bank berjumlah $18 juta.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >