Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki disiasat kerana buat laporan rompakan palsu

Aug 11, 2016 | 11:37 AM



POLIS sedang menyiasat dua lelaki yang dipercayai membuat laporan palsu kononnya mereka diserang dan dirompak wang dan barang-barang berharga.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun yang membuat laporan polis di Pusat Polis Kejiranan Rochor, mendakwa dia diserang tiga lelaki di Dickson Road pada kira-kira 2.40 pagi Selasa (9 Ogos).

Dia juga mendakwa mereka merompak beg dan dompetnya yang mengandungi wang tunai $700.

Kes kedua melihat panggilan 999 oleh seorang lelaki berusia 24 tahun pada pagi Rabu, yang mendakwa seorang lelaki menyerang dan merompak rantai emasnya di Blok 232, Ang Mo Kio Avenue 3.

Kedua-dua mereka didapati memberi maklumat palsu kepada polis.

Dua kes itu menyusuli beberapa siri laporan palsu yang diterima oleh polis sejak dua minggu lepas.

Dalam satu peringatan kepada orang ramai, polis berkata sumbernya sepatutnya dapat digunakan untuk menangani jenayah sebenar dan kecemasan.

"Mereka yang membuat laporan polis palsu atau memberi maklumat palsu akan menghadapi akibat serius di bawah undang-undang," kata polis.

Sesiapa yang disabitkan memberi sembarang maklumat yang diketahui palsu kepada seseorang penjawat awam boleh dikenakan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga $5,000, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >