Dua lelaki yang bergaduh dalam kereta api MRT ditangkap

DUA lelaki yang bergaduh dalam gerabak kereta api MRT dengan pergaduhan tersebut dirakamkan dalam sebuah video telah ditangkap semalam.

Dalam kejadian itu, polis menerima panggilan daripada kakitangan sebuah stesen kereta api menyatakan tentang pergaduhan itu, Sabtu lalu, sekitar 11.55 malam.

Namun, para pegawai Divisyen Polis Ang Mo Kio yang tiba di stesen MRT Yio Chu Kang itu mendapati kededua lelaki itu telah pun meninggalkan tempat kejadian.

Bagaimanapun, dua lelaki itu berusia 40 dan 50 tahun, akhirnya dikenalpasti di Ang Mo Kio Avenue 9, sebelum ditangkap.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun dan denda $5,000.

Dalam video itu, yang disebarluas di Internet, kededua mereka dilihat berkelahi sambil meluahkan kata-kata kesat.

Kejadian yang berlaku antara stesen MRT Khatib dan Yio Chu Kang akhirnya dileraikan oleh seorang penumpang.

Waktu Solat

Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.